Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

141) PROGRAM PENGGERAK AKTIVIS WANITA

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah konsep dan matlamat program Penggerak Aktivis Wanita ini?

    Sebagai makluman, Kerajaan Negeri tidak menyediakan sebarang konsep dan matlamat khusus kepada program Penggerak Aktivis Wanita di Selangor.

    Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan dalam melaksanakan program yang memberi manfaat dan penglibatan semua lapisan golongan wanita melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Selangor melalui usaha-usaha sedia ada di bawah kendalian program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dan penglibatan portfolio-portfolio lain.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.