Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

323) PROGRAM PENINGKATAN HASIL TANAMAN PADI DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah hasil pencapaian perlaksanaan program peningkatan hasil tanaman padi yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri bagi meningkatkan hasil tanaman padi di negeri Selangor?

    Projek ini sedang dijalankan melibatkan kawasan padi di daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam. Melalui projek ini, Jabatan Pertanian menggalakkan penanaman menggunakan mesin transplanter, penggunaan produk natural farming dan pengurusan perosak secara bersepadu. Bagi tahun 2015, jumlah peruntukan yang disalurkan berjumlah RM2,750,000.

Lampiran

Tiada Lampiran.