Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

57) PROGRAM PENINGKATAN PENGHAYATAN ISLAM KAKITANGAN AWAM NEGERI SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah program wajib yang diberikan kepada kakitangan Awam beragama Islam agar dapat meningkatkan penghayatan Islam mereka?

    Program wajib yang diberikan kepada kakitangan awam beragama Islam agar dapat meningkatkan penghayatan Islam mereka ialah

     

    i.             Program Pengukuhan Perkhidmatan Awam

    (1 kali setahun – peserta kakitangan awam semua Jabatan di Negeri Selangor)

    ii.              Wacana Minda

    (8 kali setahun – peserta kakitangan awam semua Jabatan di Negeri Selangor)

    iii.              Wacana Khilafiah

    (1 kali setahun – peserta kakitangan awam semua Jabatan di Negeri Selangor)

    iv.             Diskusi Wanita

    (1 kali setahun – peserta kakitangan awam semua Jabatan di Negeri Selangor)

    v.             Program Membudayakan Ilmu

    (Setiap Minggu – Kakitangan JAIS)

    vi.             Program Pemantapan Ilmu: Tahsinul-Quran

    (1 kali setahun – peserta kakitangan awam semua Jabatan di Negeri Selangor)

    vii.              Program Pemantapan Ilmu: Sempurnakah Solatku?

    (2 kali setahun – peserta kakitangan awam semua Jabatan di Negeri Selangor)

Lampiran

Tiada Lampiran.