Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

115) PROGRAM PENJAGAAN ALAM SEKITAR

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan usaha yang telah di laksanakan sepanjang 2015, melalui Dasar penjagaan Alam Sekitar Selangor, selain penggunaan plastik?

    Kerajaan Negeri Selangor sentiasa berusaha bagi  memastikan  perancangan  dan penetapan polisi atau dasar kerajaan dilaksanakan dengan mengambil kira isu penjagaan alam sekitar. Hal ini dapat dilihat melalui penetapan dasar dan polisi seperti berikut:-

    • Dasar Moratorium 25 Tahun Pembalakan ke atas keseluruhan hutan simpanan kekal di Negeri Selangor semenjak tahun 2010;
    • Menerimapakai dan melaksanakan Garis Panduan Perancangan Kejiranan Hijau dalam pembangunan baru selaras dengan Pekeliling Setiausaha Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Bilangan 1 Tahun 2014;
    • Mewartakan Kawasan Zon Perlindungan Kelip-Kelip di kawasan Mukim Pasangan, Sungai Selangor di bawah Seksyen 48, Enakmen Lembaga Urus Air Selangor pada tahun 2009 bagi memastikan pemuliharaan Kelip-Kelip sentiasa diteruskan
    • Polisi Pengurusan dan Pemuliharaan Pokok Negeri Selangor pada tahun 2016; dan
    •   Pelan Tindakan Teknologi Hijau Negeri Selangor 2016-2018.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.