Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

94) PROGRAM PENJAGAAN ALAM SEKITAR

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Selain daripada Geran Kecil Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, apakah programprogram lain yang akan dianjurkan oleh Kerajaan Negeri bagi menerap budaya hijau di kalangan-kalangan penduduk dan warga Selangor?

    Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam melaksanakan program-program bagi menerapkan budaya hijau di Negeri Selangor. Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah Tanah dan Pihak Berkuasa Tempatan telah melaksanakan pelbagai program dan projek yang memberikan impak yang positif di kalangan penduduk dan warga Negeri Selangor. Diantara program dan projek yang telah dijalankan pada tahun 2018 adalah seperti di Lampiran A.

Lampiran

Tiada Lampiran.