Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

43) PROGRAM PENSWASTAAN ANTARA PBT DAN PIHAK SWASTA, MAJLIS DAERAH KUALA LANGAT ( MDKL) DAN EHSAN ISTIMEWA SDN BHD.

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah keluasan tanah yang diperoleh oleh Syarikat Ehsan Istimewa Sdn Bhd dari pihak Majlis Daerah Kuala Langat ? Berapakah nilai semasa pegangan hartanah tersebut ?

    Perjanjian Penswastaan telah di tandatangani pada 1 September 1999 di antara Kerajaan Negeri dan Tetuan Ehsan Istimewa Sdn. Bhd susulan daripada keputusan Kerajaan Negeri pada 2 Oktober 1996 yang telah meluluskan tanah seluas 8.71 ekar di Pekan Banting, Mukim Tanjong Dua Belas, Daerah Kuala Langat. Pejabat Tanah Daerah Kuala Langat seterusnya mengeluarkan Notis 5A bertarikh 27 April 2011 bagi maksud pembayaran premium sebanyak RM1,419,773.00 berdasarkan nilaian semasa pada ketika itu.

Lampiran

Tiada Lampiran.