Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

231) PROGRAM PERTANIAN BANDAR

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah program Ôedible gardenÕ?

    Edible garden’ bermaksud taman yang dibangunkan mengandungi tumbuhan yang sesuai untuk dimakan atau pokok herba, sayuran, ulaman, umbisi dan buahan dan digabungkan dengan tanaman

     

    Selain berfungsi sebagai kebun dapur, ‘edible garden’ juga boleh menjadi landskap yang menarik jika bijak menggabungkan pokok herba, sayuran dan buahan dengan pokok berbunga atau tumbuhan landskap atau hiasan.

     

    Edible garden’ tidak semestinya kebun yang besar. Ia boleh dilakukan di dalam pasu, bekas-bekas terpakai, balkoni dan kawasan lapang di tepi rumah. Konsep ‘edible garden’ dengan Mini fertigasi kini sedang diperkenalkan kepada penduduk bandar. Menerusi konsep ini, taman tidak perlu disiram atau diselenggara setiap hari sebaliknya pengairan dan siraman baja dapat dikawal serta sesuai di ruang yang terhad.

Lampiran

Tiada Lampiran.