Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

143) PROGRAM PERTANIAN BANDAR

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah inisiatif kerajaan bagi golongan penduduk bandar menceburi pertanian moden?

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian menjalankan program agrobandar bandar yang menyediakan peruntukan dan bantuan kepada individu dan komuniti yang menjalankan aktiviti pertanian dalam kawasan bandar, pekan dan pinggir Bandar seperti;

    1. Akuaponik dan hidroponik
    2. Tanaman secara konvensional di rumah
    3. Kebun komuniti di bawah PBT

     

    Selain daripada itu, Jabatan Pertanian giat menjalankan kempen, latihan dan khidmat nasihat bagi penduduk bandar yang mengusahakan pertanian. Sehingga kini, 46,000 kg hasil pertanian daripada kebun komuniti telah dipasarkan di Pasar Tani dan Selangor Agro Market.

Lampiran

Tiada Lampiran.