Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

118) PROGRAM PERUMAHAN MAMPU MILIK : RUMAH SELANGORKU

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kerajaan bercadang untuk memperbanyakkan lagi projek-projek perumahan mampu milik memandangkan keperluan perumahan bertambah, terutama golongan miskin?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sentiasa memastikan bahawa rakyat Negeri Selangor memiliki rumah sendiri. Ini dapat direalisasikan dengan adanya Dasar Rumah Selangorku yang berkuatkuasa pemakaiannya bermula 1 Januari 2014. Dasar tersebut merupakan hasrat Kerajaan Negeri bagi memenuhi matlamat Satu Keluarga Satu Kediaman Yang Sempurna. Rumah Selangorku merupakan rumah harga kawalan di mana harga jualan dan pembelinya dikawal sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri. Harga Rumah Selangorku adalah bermula dari RM42,000.00 hingga RM250,000.00 seunit yang mana mampu dimiliki oleh golongan berpendapatan rendah sehingga

    Melalui dasar tersebut tersebut, pihak pemaju / pemilik tanah dikenakan syarat untuk membina Rumah Selangorku berdasarkan kepada keluasan pembangunan dan ianya mengikut zon / kawasan pembangunan. Syarat Rumah Selangorku yang dikenakan adalah pembangunan yang berkeluasan melebihi 2 ekar di Zon 1 manakala di Zon 2 melebihi 5 ekar.

    Oleh itu, sekiranya terdapat cadangan pembangunan perumahan yang dikemukakan oleh pihak pemaju / pemilik tanah adalah menjadi keutamaan / tanggungjawab pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor untuk memastikan kuota / syarat pembangunan Rumah Selangorku ada dan dibina mengikut jadual yang telah ditetapkan.

     

    Berikut merupakan syarat / kuota pembangunan mengikut zon pembangunan berdasarkan Pekeliling Dasar Perumahan Mampu Milik Negeri Selangor (Rumah Selangorku) Bilangan 1 Tahun 2013 yang berkuatkuasa pemakaiannya bermula pada 1 Januari 2014.

    • Kawasan pembangunan perumahan mengikut ZON 1 terletak dalam kawasan Lembah Klang yang meliputi kawasan berikut :
    Bil. Daerah Mukim / Kawasan
    1. Petaling Keseluruhan Daerah Petaling
    2. Gombak Mukim Batu dan Hulu Kelang
    3. Klang Mukim Klang
    4. Hulu Langat Mukim Cheras, Kajang, Ampang dan Semenyih
    5. Sepang Kawasan Cyberjaya

     

    • Kawasan pembangunan perumahan mengikut ZON 2 terletak dalam kawasan Lembah Klang, berpotensi pembangunan dan juga kawasan ‘sub-urban’ seperti berikut :
    Bil. Daerah Mukim / Kawasan
    1. Gombak Mukim Setapak dan Rawang.
    2. Hulu Langat Mukim Hulu Langat, Beranang dan Hulu Semenyih.
    3. Klang Mukim Kapar
    4. Sepang Keseluruhan Daerah Sepang kecuali Cyberjaya.

     

    Bil. Daerah Mukim / Kawasan
    5. Kuala Langat Keseluruhan Daerah Kuala Langat
    6. Kuala Selangor Mukim Ijok, Kuala Selangor, Jeram, Batang Berjuntai (Bestari Jaya) dan Hujung Permatang

     

    • Kawasan pembangunan perumahan ZON 3 terletak di kawasan luar bandar yang meliputi kawasan seperti berikut :

     

    Bil. Daerah Mukim / Kawasan
    1. Kuala Selangor Mukim   Pasangan,   Tanjung               Karang dan Hulu Tinggi
    2. Hulu Selangor Keseluruhan Daerah Hulu Selangor
    3. Sabak Bernam Keseluruhan Daerah Sabak Bernam

     

    • Bagi memastikan pembinaan RUMAH SELANGORKU diseimbangkan mengikut kesediaan tanah di dalam zon-zon pembangunan, peratusan penyediaan rumah adalah berdasarkan kepada keluasan tanah seperti berikut :
     

    Zon   Pembangunan Perumahan

    Keluasan Pembangunan Keseluruhan Projek (ekar) / Keperluan Penyediaan RUMAH SELANGORKU
    2 – 5

    ekar

    5 – 10

    ekar

    10 – 20

    ekar

    20 – 50

    ekar

    50 ekar ke Atas
    ZON 1 *20% 30% 40% 50% 50%
    ZON 2 20% 40% 40% 50%
    ZON 3 40% 40% 50%

     

    * Hanya tertakluk bagi kawasan di bawah Pentadbiran Majlis Bandaraya  Petaling Jaya (MBPJ) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). Pengiraan % adalah berdasarkan kepada keseluruhan unit rumah yang  dibina dalam sesuatu projek.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.