Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

210) PROGRAM PERUMAHAN MAMPU MILIK RUMAH SELANGORKU

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah pihak Kerajaan Negeri melalui PKNS ada bercadang untuk membina rumah teres setingkat dengan kos harga bawah rm 150,000.00 di DUN Batang Kali?

    Pada masa kini pihak PKNS melalui Syarikat Bersekutu, Ligamas Sdn Bhd tidak mempunyai sebarang cadangan untuk membina rumah teres setingkat dengan harga bawah RM150,000.00 di Bandar Utama Batang Kali Hulu Selangor bagi perancangan pembangunan yang sedia ada.

     

    Di samping itu juga, pihak Ligamas Sdn Bhd telah pun membina, menyiapkan serta menyerahkan sebanyak 3321 unit rumah kos rendah di Bandar Utama Batang Kali.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.