Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

171) PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan Pesuruhjaya Bangunan (Shah Alam) bagi membantu pangsapuri kos rendah di Bandar Baru Sungai Buluh yang telah diabaikan oleh pemaju kerana pemaju berkenaan telah di likwidasi oleh mahkamah.

    Pemaju Pangsapuri Kos Rendah Sungai Buluh Fasa II & Fasa IV yang telah dilikuidasi oleh mahkamah ialah Sateras Holdings Sdn Bhd. Oleh demikian Bahagian Pesuruhjaya Bangunan Majlis Bandaraya Shah Alam (COB MBSA) akan mengarahkan pelikuidasi syarikat yang dilantik mahkamah tersebut untuk mengurus dan menyenggara pangsapuri ini supaya ianya berada dalam keadaan baik dan sempurna sebelum diserahkan kepada Badan Pengurusan Bersama selaras Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyenggaraan Dan Pengurusan) Akta 663.

Lampiran

Tiada Lampiran.