Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

8) PROGRAM PREMIUM RM1,000.00

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa ramaikah rakyat Selangor yang telah memohon untuk Program Premium RM1,000.00? Berapakah jumlah premium yang telah di terima oleh kerajaan negeri?

    Kerajaan Negeri Selangor di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bayaran premium RM1,000.00 bagi pemberimilikan tanah dalam Seksyen 76 Kanun Tanah Negara (KTN) dan program bayaran premium bagi tujuan melanjutkan tempoh pajakan bagi memberi peluang kepada rakyat Selangor menentukan sendiri kaedah pembayaran premium mengikut kemampuan masing-masing.

    1. Berikut adalah jumlah rakyat yang telah menikmati kemudahan Skim Pemilikan Tanah Kerajaan dengan pilihan pembayaran premium tanah sebanyak RM1,000.00 (nominal) mengikut pecahan daerah di Negeri Selangor dan jumlah premium yang diterima berdasarkan premium tersebut :-
     
    JUMLAH PERMOHONAN PEMBERIMILIKAN YANG DILULUSKAN
    DENGAN BAYARAN PREMIUM RM1000 DAN PREMIUM YANG DITERIMA
    SEJAK DILANCARKAN PADA JUN 2011
     
          Jumlah Permohonan   Jumlah Premium Yang
    Bil.   Daerah Yang Lulus Bayaran Diterima
        Premium RM1000 (RM)
    1. Hulu Selangor 5 5,000.00
    2. Hulu Langat 136 136,000.00
    3. Kuala Selangor 89 89,000.00
    4. Petaling 65 65,000.00
    5. Sepang 3 3,000.00
    6. Kuala Langat 4 4,000.00
    7. Gombak 48 48,000.00
    8. Sabak Bernam
    9. Klang 6 6,000.00

Lampiran

Tiada Lampiran.