Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

54) PROGRAM-PROGRAM KERAJAAN NEGERI YANG MASIH MEMPUNYAI PERUNTUKAN UNTUK DIMOHON

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan program-program Kerajaan Negeri yang masih mempunyai peruntukan untuk dimohon pada 2020 (contoh: Dana Usahawan Mikro Selangor, Geran Kecil Alam Sekitar dan Teknologi Hijau dan sebagainya).

    Kerajaan Negeri telah menyalurkan bantuan kepada rakyat Negeri Selangor yang memerlukan melalui program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR). Sebanyak 33 inisiatif IPR telah disediakan bagi membantu golongan yang memerlukan. Sejumlah RM377,524,057.10 telah diperuntukan bagi program IPR untuk tahun 2020 dan sebanyak RM300,431,252.93 telah dibelanjakan bagi keseluruhan 33 IPR tersebut. Perincian IPR adalah seperti di lampiran.

Lampiran

Tiada Lampiran.