Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

178) PROGRAM PROGRESSIVE SOCIETY ÒWE CARE WE SHAREÓ

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tujuan utama program ini dilaksanakan?

    Kerajaan Negeri melalui Belanjawan Negeri Selangor 2017 berlandaskan konsep Membangun Bangsa Memakmur Negeri, telah melahirkan hasrat untuk membina satu sistem pendidikan sehingga pencapaian kerjaya bagi memastikan graduan di Selangor mempunyai kebolehpasaran dalam bidang pekerjaan.

     Dalam hal ini, Programme On Graduate Employability Enhancement For SMART Selangor (PROGRESS) telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri pada 1 Januari 2017 yang dilaksanakan oleh syarikat Irshad HR Consulting Sdn. Bhd. (IRSHAD) dengan kos program sebanyak RM4,991,964.00. Program ini yang dilaksanakan sepenuhnya menggunakan Bahasa Inggeris merupakan sebuah projek perintis bertujuan menyediakan graduan terpilih dengan pengalaman dan kemahiran terutama soft skill untuk membantu kebolehpasaran graduan ini mendapat peluang pekerjaan.

    Program ini akan mensasarkan seramai 300 graduan yang akan dipilih oleh pihak IRSHAD untuk dilatih dalam tempoh selama 7 bulan (1 bulan pembelajaran dalam kelas dan 6 bulan Internship Program). Kriteria pemilihan graduan adalah seperti berikut:

    • Warganegera Malaysia;
    • Lahir di Selangor;
    • Berumur di bawah 27 tahun;
    • Graduan Ijazah Sarjana Muda IPT dengan CGPA 2.0 ke atas; dan
    • Tidak bekerja sekurang-kurangnya 4 bulan dari tarikh menamatkan pengajian.

Lampiran

Tiada Lampiran.