Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

116) PROGRAM & PROJEK DI BAWAH PLAN INDUK PERTANIAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah program dan projek-projek yang telah dikenal pasti di bawah pelan induk pembangunan pertanian untuk meningkatkan pendapatan petani dalam sektor pertanian di negeri Selangor dalam tahun 2016?

    Pelan Induk Pembangunan Pertanian Selangor masih lagi di peringkat kajian oleh Institut Kajian Dasar Pertanian Dan Makanan (IKDPM), Universiti Putra Malaysia dan dijangka akan selesai pada bulan Disember 2016. Walau bagaimanapun, di akhir kajian tersebut Kerajaan Negeri akan memperolehi maklumat-maklumat dan cadangan bagi merangka satu perancangan jangka pendek dan jangka panjang yang khusus untuk membangunkan dan memodenkan sektor pertanian di Negeri Selangor secara holistik.

Lampiran

Tiada Lampiran.