Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

81) PROGRAM / PROJEK JABATAN PERTANIAN NEGERI

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Haji Raja Ideris Bin Raja Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan dan strategi Jabatan Pertanian Negeri bagi menyediakan ruang dan peluang kepada penganggur kesan kegawatan ekonomi di dalam sektor pertanian?

    Jabatan Pertanian mempunyai beberapa program yang dapat membantu bagi sesiapa yang berminat untuk menceburi di dalam bidang pemprosesan makanan. Bidang pemprosesan adalah sesuai untuk membantu memberi ruang dan peluang kepada penganggur kerana operasinya yang lebih cepat dan tidak memerlukan pengetahuan teknikal yang tinggi. Ruang pasaran juga adalah baik kerana kedudukan di sekitar Lembah Kelang.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.