Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

233) PROGRAM & PROJEK YAYASAN SELANGOR

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah program-program Yayasan untuk pendidikan anak Selangor dan kos dikeluarkan sepanjang 2008-2013?

    1. Yayasan Selangor melaksanakan 3 program utama pendidikan iaitu:

     

    1. Program Rancangan Khas Pendidikan Yayasan Selangor – Kementerian Pendidikan Malaysia (RKPYS) yang melibatkan penempatan pelajar di sekolah dan asrama yang diluluskan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) termasuk Asrama Pusat, Asrama Daerah, Asrama Aliran Agama dan beberapa sekolah tanpa asrama yang pelajarnya ditaja oleh Yayasan Selangor. Pelajar RKPYS akan belajar di sekolah yang terpilih dan tinggal di Asrama Pusat atau Asrama Sekolah berkenaan dan diberi pelbagai kemudahan dan

     

    1. Pemberian Biasiswa kepada semua pelajar

    Pemberian Pinjaman Pelajaran kepada pelajar tajaan sedia ada di IPTA dan IPTS serta di pusat kemahiran yang diluluskan.

    Keseluruhan kos langsung program-program pendidikan (Kelas Bimbingan Biasiswa, Program Akademik dan Non – Akademik, Makanan Murid Asrama dan Pinjaman Pelajaran)

     

    2008: RM4,798,347.20

    2009: RM8,625,813.10

    2010: RM7,453,082.10

    2011: RM10,262,077.00

    2012: RM11,488,873.00

    2013: RM7,608,908.40 (sehingga September 2013)

Lampiran

Tiada Lampiran.