Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

232) PROGRAM PUSAT KOMUNITI WANITA DUN- MESIN JAHIT

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Syabas kepada Kerajaan Negeri yang telah berusaha menyumbangkan mesin-mesin jahit untuk wanita di beberapa kawasan DUN demi membantu kaum wanita. Berapakah peruntukkan yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri untuk sumbangan Mesin Jahit tersebut?

    1. Demi memastikan Pusat Komuniti Wanita ini berjaya, Kerajaan negeri telah membekalkan peralatan yang merangkumi aktiviti jahitan  dan    Sehubungan itu, kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM 15,000.00 kepada setiap PKW yang diluluskan permohonannya. Berikut adalah senarai barangan yang dibekalkan kepada PKW yang layak:-

     

    1. PERALATAN JAHITAN
    BIL. PERKARA KUANTITI
    1 Mesin Jahit Lurus Industri 2
    2 Mesin Jahit Tepi Industri 1
    3 Mesin Jahit Sulam 1
    4 Mesin Jahit Serbaguna (Multipurpose) 1
    5 Meja Potong Kain 1
    6 Kit Jahitan 10

     

     

     

    1. PERALATAN MASAKAN
    BIL PERKARA PERINCIAN
    1 Chiller 1 pintu
    2 Mixer 20 L @ 5 Kg
    3 Oven Gas 1 Deck, 2 Tray
    4 Working Table Stainless Steel 6’ x 2 ½’
    5 Mesin Mee 1 unit
    6 Rack Tray (Modular)
    7 Freezer 220 L

     

    Seterusnya bagi menjayakan program ini, setiap PKW perlu melantik Penyelia Pusat Komuniti agar program dan aktiviti dapat diselaras dan dijalankan dengan baik. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri telah membelanjakan RM 50,000.00 dengan memberikan kursus Asas Penyeliaan kepada mereka supaya dapat meningkatkan martabat wanita dalam merancang dan membuat keputusan dengan lebih efektif dan tersusun.

Lampiran

Tiada Lampiran.