Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

198) PROGRAM PUSAT WANITA BERDAYA (PWB)

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan perancangan dan kemajuan Program PWB ini sejak dilancarkan sehingga kini

    Pusat Wanita Berdaya dilancarkan pada 2009. Sehingga kini telah banyak perancangan dan kemajuan yang dihasilkan.

    Perancangan utama PWB adalah untuk memberdayakan wanita dalam segenap aspek melalui 12 bidang / Fokus yang telah digariskan. Antara 12 bidang fokus adalah :-

    • Kesihatan – Sukan & Rekreaksi
    • Keluarga – Pendidikan & Latihan
    • Ekonomi – Sosial, Budaya & Agama
    • Kerjaya & Pekerjaan
    • Hak, Keselamatan & Undang-undang
    • Politik & Pembuat Keputusan
    • Pengarus Utamaan Gander & Bajet gander
    • Teknologi Sains & Alam Sekitar

    Malah atas dasar usaha yang berterusan, maka wanita Selangor melalui PWB telah banyak berubah dan lebih berdaya. Melalui penglibatan PWB wanita Selangor kini lebih maju dalam segala aspek kehidupan.

    Melalui PWB juga ramai usahawanita yang telah dilahirkan. Hasil usaha dan bimbingan wanita ini mampu untuk melibatkan diri dalam sektor perindustrian dan mempunyai produk keluaran sendiri. Ini juga hasil bantuan dari agensi kewangan kerajaan negeri seperti MIMBAR dan SKIMSEL.

    Antara lain, PWB juga telah memperkenalkan Celik Undang-undang. Dimana PWB dengan bantuan Persatuan Peguam telah melatih dan memberi ilmu kefahaman berkaitan undang-undang kepada beberapa orang wanita yang dikenali sebagai paraligel bagi membantu wanita lain yang buntu dalam menghadapi permasalahan berkaitan undang-undang.

    Tersebut adalah antara kemajuan yang dicapai oleh PWB. Terdapat banyak lagi yang tidak disenaraikan sedang dalam proses semakin berkembang maju.

Lampiran

Tiada Lampiran.