Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

96) PROGRAM PWB

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Pihak manakah yang dilantik menguruskan program berstruktur PWB 10 modul yang menelan belanja kos RM 15 ribu bagi setiap DUN?

    Kerajaan Negeri memandang serius dengan agenda Program Pemberdayaan Wanita di Selangor bagi meningkatkan keupayaan wanita Selangor dalam mengharungi arus globalisasi. Sehubungan itu, Pusat Wanita Berdaya (PWB) merupakan satu badan yang bertindak sebagai agen penghubung Kerajaan Negeri dangan masyarakat akar umbi dalam melaksanakan program-program pemberdayaan wanita tersebut. Maka Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukkan sebanyak RM1,680,000.00 setahun untuk disalurkan kepada Pusat Wanita Berdaya (PWB) Selangor bagi melaksanakan program-program pemberdayaan

    Dengan jumlah tersebut setiap PWB DUN telah mendapat agihan sebanyak RM30,000.00 dan telah disalurkan sepenuhnya kepada setiap PWB DUN. Sehubungan itu, tiada pihak yang khusus dilantik menguruskan program berstruktur dan tidak timbul isu berkenaan belanja kos RM 15 ribu bagi setiap DUN. Kerajaan Negeri memberi kebebasan kepada setiap PWB DUN untuk menjalankan program-program pemberdayaan wanita berskala kecil dan program berstruktur PWB 10 modul yang terkandung di dalam Manual Prosedur Operasi di DUN masing-masing. Berikut ialah 10 bidang fokus PWB Selangor :

    • Ekonomi Hawa
    • Hak dan Undang-Undang Wanita
    • Pendidikan dan Latihan
    • Kepimpinan
    • Sosial, Budaya dan Agama
    • Pembangunan Keluarga
    • Kesihatan dan Keselamatan Keluarga
    • Sukan dan Rekreasi
    • Pengarus Utamaan Gender dan Bajet Gender
    • Alam Sekitar dan Kepenggunaan

    Fokus modul program berstruktur pada tahun 2015 yang telah dijalankan ialah kepimpinan, pengarus utamaan gender dan bajet gender, kesihatan dan keselamatan keluarga. Manakala fokus bagi tahun 2016 pula ialah ekonomi hawa serta hak dan undang-undang wanita. Modul selebihnya akan dijalankan pada tahun-tahun akan datang. Program berstruktur yang dilaksanakan di setiap DUN akan diuruskan oleh Penyelia DUN masing-masing dengan peruntukan maksimum sebanyak RM2,500.00 Pihak Kerajaan Negeri akan memberikan senarai penceramah program berstruktur kepada Penyelia PWB, jika Penyelia DUN mempunyai cadangan penceramah sendiri Penyelia boleh mengemukakan profil penceramah kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga untuk mendapatkan kelulusan.

Lampiran

Tiada Lampiran.