Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

118) PROGRAM RUMAH RAKYAT MPSJ

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk meningkatkan pengurusan unit rumah rakyat yang masih kosong?

    Bagi pengurusan perumahan rakyat yang masih kosong di Majlis Perbandaran Subang Jaya, piagam pelanggan bagi proses dan pendaftaran kemasukan penyewaan baru adalah dalam tempoh tujuh (7) hari setelah keadaan rumah di dalam keadaan bersedia iaitu pembaikan telah dilakukan serta tunggakan utiliti terdahulu dilangsaikan.

    Jumlah unit kosong di Pangsapuri Enggang, Bandar Kinrara, Puchong dan Pangsapuri Seri Kayan, Pinggiran USJ, Subang Jaya merangkumi unit di dalam proses penjualan, unit yang di dalam proses pembaikan bagi penempatan penyewa baru serta unit yang dijadikan kuarters.

Lampiran

Tiada Lampiran.