PROGRAM SAMBUTAN PERAYAAN DEEPAVALI 2013 SELANGOR

6) PROGRAM SAMBUTAN PERAYAAN DEEPAVALI 2013 SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan melaksanakan sambutan Perayaan Deepavali 2013 peringkat negeri Selangor?

    Perayaan Deepavali merupakan perayaan utama yang disambut oleh masyarakat beragama Hindu di negara ini. Hal ini tidak terkecuali berlaku di Negeri Selangor kerana kaum India merupakan antara 3 kaum terbesar di negeri ini selain Melayu dan Sambutan Perayaan Deepavali 2013 peringkat Negeri Selangor telah dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan berlangsung di Jalan Tengku Kelana, daerah Klang. Pemilihan kawasan tersebut adalah berdasarkan kawasan berkenaan merupakan kawasan utama bagi penempatan dan upacara keagamaan masyarakat India di negeri Selangor. Satu jawatankuasa telah diwujudkan sebagai persediaan menyambut Majlis Perayaan Deepavali tersebut. Perayaan Deepavali telah disambut secara besar-besaran dan gilang gemilang dengan disertai oleh kehadiran Dato’ Menteri Besar Selangor, Ahli-ahli Majlis kaum India dan beberapa golongan VIP. YB-YB EXCO telah dijemput sebagai tetamu kehormat. Majlis tersebut telah diadakan selama dua hari. Pada majlis tesebut, beberapa acara telah diadakan. Tidak terkecuali pemberian hamper kepada 300 orang sebagai sumbangan kebajikan.

    Dalam masa yang sama satu lagi Program Rumah Terbuka Deepavali tahun 2013 telah diadakan di DUN Kota Alam Shah. Kemeriahan Majlis Rumah Terbuka tersebut dapat dirasai dengan dengan kehadiran ramai tetamu jemputan yang tidak mengira bangsa. Majlis Makan Besar tersebut adalah bertujuan untuk sama-sama tidak mengira kaum untuk meraikan Perayaan Deepavali.

Lampiran

Tiada Lampiran.