Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

366) PROGRAM SENTUHAN ANJING

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah pendirian pihak berkuasa agama negeri terhadap program tersebut ?

    1. Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menerima surat bertarikh 3 Oktober 2014 daripada pihak penganjur program yang menerangkan objektifnya adalah untuk memberi pencerahan atau fahaman tentang hukum berkaitan kedududkan anjing dari segi perspektif agama

     

    Selain itu, penganjur juga berhasrat untuk menerangkan persepsi sebenar kepada umat Islam tentang keperluan menyelamatkan anjing dalam situasi kecemasan seperti kesakitan, kaedah yang betul untuk memegang dan mengendalikan anjing serta kaedah menyamak najis mughallazah.

     

    Justeru, Jabatan Mufti Negeri Selangor melalui surat bertarikh 9 Oktober 2014 kepada MAIS, telah memberi panduan dari aspek hukum syara’ berdasarkan objektif yang dinyatakan pihak penganjur.

     

    Perlakuan memegang, memeluk dan bermesra dengan anjing oleh umat Islam dengan sengaja seperti mana yang berlaku pada hari penganjuran program tersebut amatlah dikesali dan ianya jelas bertentangan dengan hukum syara’.

     

    Perkara tersebut juga didapati tidak seperti mana yang digambarkan oleh pihak penganjur dan tidak menepati objektif program seperti yang dinyatakan dalam surat penganjur kepada MAIS.

Lampiran

Tiada Lampiran.