Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

240) PROGRAM SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan bagaimanakah sambutan rakyat Negeri Selangor terhadap program SMUE?

    Sambutan yang diterima terhadap Skim Mesra Usia Emas di bawah Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) adalah hebat dan amat menggalakkan. Pihak Rantaian Mesra Sdn. Bhd. (RMSB) sebagai pengendali program ini sentiasa memperoleh reaksi yang positif daripada orang awam, ketika menyertai setiap program “turun padang” yang diterima.

Lampiran

Tiada Lampiran.