Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

240) PROGRAM SMART LIFE

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senarai pangsapuri yang terlibat dengan program smart life di Selangor

    Untuk makluman Yang berhormat, berdasarkan rekod terkini sehingga 17 Mac 2017, jumlah unit lif di pangsapuri kos rendah adalah sejumlah 420 unit lif melibatkan 133 kawasan pangsapuri. Manakala, pelaksanaan SMART LIFE terbahagi kepada dua pelan tindakan seperti berikut:

    • Baikpulih Lif (RM22 juta)

    Terdapat dua (2) fasa iaitu dalam Fasa I merangkumi sebanyak 49 unit lif yang meliputi sebanyak 10 pangsapuri seperti di bawah. Proses mula kerja dijangka akan dimulakan pada bulan Mei 2017. Manakala bagi Fasa II sebanyak 15 pangsapuri yang melibatkan 36 unit lif akan mula dibaiki pada bulan Ogos 2017.

    Fasa 1


    Fasa 2

    • Bantuan Kewangan     Pembayaran      Kontrak      Penyenggaraan                     Lif Komprehensif (RM8 juta)

Lampiran

Tiada Lampiran.