Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

223) PROGRAM SPIES

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan sehingga kini bagaimanakah perkembangan dan pencapaian Program SPIES terhadap matlamat asalnya

    Perkembangan dan pencapaian program SPIES semenjak ia dilaksanakan bermula
    bulan Ogos 2008 sehingga bulan Jun 2010 telah melibatkan seramai 39,870 peserta
    dengan bilangan kursus sebanyak 485 sesi (Maklumat adalah seperti Jadual I di
    bawah). Usaha murni Kerajaan Negeri ini dimantapkan dalam tindakan mengadakan
    modul – modul yang baik dan berkualiti kepada 11 sasaran penting iaitu kakitangan
    kerajaan, pendidik, belia, remaja, kepimpinan masyarakat, AJK Masjid, JKKK,
    Mahasiswa, Briged Amal dan modul kekeluarga yang dibahagikan kepada 2 modul
    iaitu ibu bapa dan ibu tunggal.
    Jadual I
    Pencapaian Program SPIES Bermula Bulan Ogos 2009 Hingga Jun 2010
    Tahun Bilangan Program Jumlah Peserta
    2008 75 7,918
    2009 276 21,325
    ** Januari – Jun 2010 134 10,627
    JUMLAH 485 39,870
    Selain itu, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab untuk merealisasikan
    matlamat bagi melahirkan masyarakat yang cemerlang dalam aspek menguruskan
    kehidupan dan juga mempunyai peradaban yang tinggi, maka kursus SPIES
    diwujudkan bagi menyediakan satu platform atau landasan ke arah untuk memenuhi
    matlamat asal program seperti yang dinyatakan di bawah.
    i) Menyediakan program dan latihan yang mengintegrasikan nilai spiritual dan
    moral bagi melahirkan rakyat yang cemerlang secara holistik;
    ii) Membina masyarakat yang mempunyai kepedulian sosial dan mesra alam;
    dan
    iii) Melahirkan masyarakat bermaruah dan berkualiti.

    Melalui kandungan modul yang lengkap dan bersesuaian dengan nilai masyarakat
    pelbagai kaum dan agama SPIES telah menyediakan satu ruang yang tepat untuk
    mengintegrasikan rakyat Negeri Selangor secara umum. Keyakinan kepada program
    SPIES boleh merubah nilai kemanusiaan ke arah yang lebih baik.
    Hal ini dapat dilihat melalui kajian keberkesanan program iaitu dengan menganalisis
    maklum balas peserta, yang mana telah menunjukkan keyakinan yang tinggi ke atas
    “Keberkesanan Aplikasi Kehidupan” dengan skor yang diberikan adalah 3.48
    (markah penuh adalah 4.00). Skor yang ditunjukkan ini bolehlah dijadikan indikator
    penilaian ke atas keberkesanan program ini secara umumnya kerana peserta
    terbabit merupakan testimoni yang terbaik untuk menilai keberkesan program SPIES
    ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.