Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

71) PROGRAM SPIES

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Cara-cara memantau program SPIES

    Pelaksanaan program SPIES merupakan satu langkah Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha untuk mencapai kemajuan dan pembangunan negeri. Oleh itu, bagi memastikan program yang dilaksanakan berkesan dan memberi impak yang positif, maka pentadbiran Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Pembangunan Modal Insan telah mengambil langkah-langkah pemantau seperti berikut ;

     

    • Melantik Sekretariat Exco bagi portfolio Pendidik, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor yang sentiasa mengadakan perbincangan untuk membuat penambahbaikan modul dan kaedah pelaksanaan program;

     

    • Pihak kerajaan Negeri Selangor juga telah melantik konsultan pemantau yang bertujuan untuk memastikan setiap program yang dilaksanakan adalah mengikut modul yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan;

     

    • Manakala kaedah pemantauan secara online juga dilaksanakan, yang mana

    Pentadbiran      ini         telah    membangunkan          Laman            Web    SPIES: www.spies.selangor.gov.my bertujuan untuk mempromosikan SPIES kepada masyarakat dan memudahkan pemantauan serta program susulan dilaksanakan;

     

    • Selain itu, pemantauan juga dibuat dengan mengadakan Sesi Post Morterm dan maklum balas bersama ahli sekretariat bertujuan untuk membuat penambahbaikan mengenai kaedah pelaksanaan kursus, di samping itu bagi meningkatkan tahap kualiti sistem penyampaian di kalangan konsultan yang mengendalikan kursus SPIES;

     

    • Menggalakkan aduan mengenai konsultan dan memberi surat peringatan kepada syarikat konsultan yang mempunyai tahap prestasi yang tidak memuaskan;

     

    • Berdasarkan kepada maklum balas peserta iaitu Temuduga Secara Rawak semasa berlangsungnya program;

     

    • Selain itu, impact study akan dilaksanakan bermula bulan Disember 2009; dan

     

    • Hal ini juga adalah untuk memastikan program yang dilaksanakan kelak akan lebih efektif dan dapat memenuhi kehendak serta aspirasi Kerajaan Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.