Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

157) PROGRAM SPIES

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan terkini mengenai program SPIES dan berapa peratuskah program ini membantu menangani masalah pekerja yang dibuang/diberhentikan akibat masalah ekonomi global?

    Perkembangan terkini mengenai program SPIES yang mana ianya masih diteruskan pelaksanaannya bagi mencapai sasaran critical mass iaitu 5 juta atau 30% daripada penduduk Negeri Selangor. Sasaran ini penting bagi membuat perubahan dan anjakan paradigma di kalangan rakyat agar mereka terus yakin dengan kesungguhan pentadbiran kerajaan sekarang dalam membangunkan masyarakat cemerlang di Selangor. Maklumat pelaksanaan program pada tahun 2008 adalah seperti jadual di bawah:

     

     

    BIL

     

       

    KATEGORI PESERTA

     

       

    BILANGAN PROGRAM

     

    JUMLAH PESERTA

     

    1 Kanak – kanak 4 411
    2 Belia 23 2303
    3 Ibu bapa 6 714
    4 Warga Industri 2 160
    5 Ketua Kampung 3 330
    6 Setiausaha JKKK 2 365
    7 Pendidik 7 850
    8 Remaja 7 700
    9 Mahasiswa 12 1200
    10 DUN 1 150

     

     

    BIL

     

     

    KATEGORI PESERTA

     

     

    BILANGAN PROGRAM

     

     

    JUMLAH PESERTA

     

    11 Pegawai JAIS 2 135
    12 Siswa 1K

     

    4 400
    13 Pimpinan Pelajar 2 200
      JUMLAH 75  

    7,918

     

     

    Manakala pada tahun 2009, bermula Januari sehingga 1 November 2009, sebanyak 225 program telah berjaya dilaksanakan dengan melibatkan seramai 20,524 peserta. Maklumat terperinci adalah seperti berikut :

     

    KATERGORI PESERTA BILANGAN PROG

    RAM

    JUMLAH PESERTA
    Masyarakat 1 60
    Belia 71 5939
    Alumni SPIES Belia 19 1670
    Remaja 37 3733
    Alumni SPIES remaja 9 900
    SPIES Kepimpinan /Penjawat

    Awam

    33 2391
    Ibu bapa 10 2000
    Ibu Tunggal 5 397
    Pendidik 11 1085
    Pelajar IPT 3 253
    Alumni SPIES Kepimpinan 1 24

     

     

    KATERGORI PESERTA BILANGAN PROG

    RAM

    JUMLAH PESERTA
    SPIES Siswa 7 660
    SPIES Siswa 1K 3 132
    SPIES AJK Masjid 4 400
    SPIES Biro Pemuda (JKKK) 11 880
    JUMLAH    
    225   20,524

     

    Program SPIES bukanlah satu program yang menganjurkan aktiviti berkaitan peluang kerjaya. Walau bagaimanapun program ini dijangka berjaya mewujudkan warga

    Selangor yang berintegriti, berkeyakinan, berfikiran positif, inovatif, cekal, sedia hadapi cabaran termasuk masalah ekonomi global.

Lampiran

Tiada Lampiran.