Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

74) PROGRAM SPIES D’VILLAGE

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status program SPIES D'Village, adakah ia masih dijalankan, ditangguhkan atau ditamatkan?

    Program SPIES D ‘Village masih dijalankan seperti yang dirancang dan kerajaan kini memberi fokus kepada 23 DUN untuk melaksanakan program SPIES D’Village seperti berikut :

    BIL DUN TERLIBAT
    1 Selat Kelang
    2 Sungai Burung
    3 Meru
    4 Hulu Kelang
    5 Taman Templer
    6 Kg Tunku
    7 Paya Jaras
    8 Jeram
    9 Bkt Melawati
    10 Ijok
    11 Lembah Jaya
    12 Sg Pelek
    13 Sri Andalas
    14 Sri Muda
    15 Shah Alam
    16 Seri Setia
    17 Bangi
    18 Sg Air Tawar
    19 Kota Anggerik
    20 Morib
    21 Hulu Bernam
    22 Chempaka
    23 Pelabuhan Kelang.

    Oleh itu, bagi memastikan pelaksanaan program SPIES D’Village menepati matlamat dan objektif penganjuran, maka beberapa program dan sesi taklimat telah dilaksanakan seperti berikut :

    1. mengadakan taklimat kepada semua ADUN dan Ahli Parlimen Selangor di Bilik Gerakan Dewan ANNEX pada 03 September 2013;
    2. mengadakan taklimat kepada wakil-wakil DUN berkaitan konsep dan pelaksanaan program SPIES D ‘Village pada 19 September 2013;
    3. kursus Training Of Trainers (TOT) kepada wakil-wakil DUN yang boleh dilantik sebagai ahli sekretariat SPIES D’Village pada 12 dan 13 Oktober 2013; dan
    4. menubuhkan satu sekretariat SPIES D’Village di setiap DUN yang terpilih itu dengan melantik 10-13 ahli untuk satu sekretariat.

Lampiran

Tiada Lampiran.