Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

63) PROGRAM SUDSIDI TAMBANG BAS SEKOLAH

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan jumlah subsidi tambang bas sekolah,jumlah murid yang dapat daripada tahun 2008-2016 mengikut pecahan daerah.

    Program Sumbangan Subsidi Tambang Bas Sekolah adalah satu bentuk program bantuan di bawah Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Pekerja Ladang di mana sumbangan sebanyak RM300.00 diberikan kepada setiap anak pekerja ladang yang membuat permohonan melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah dan sumbangan adalah diberikan secara tunai melalui satu majlis penyerahan. Program Sumbangan Subsidi Tambang Bas Sekolah juga adalah merupakan salah satu daripada Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) di mana terbuka kepada mana – mana anak pekerja ladang ataupun bekas pekerja ladang yang bersekolah di Negeri Selangor sahaja. Program ini adalah bertujuan untuk meringankan bebanan penjaga yang terdiri dari kalangan pekerja ladang dalam membiayai sebahagian daripada kos tambang bas anak mereka ke

    Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang tiada data khusus berkenaan penerima manfaat di bawah Program Sumbangan Subsidi Tambang Bas Sekolah mengikut daerah kerana program ini adalah terbuka kepada seluruh anak pekerja ladang di Negeri Selangor.

    Kerajaan Negeri Selangor di bawah Jawatankuasa tetap Pekerja Ladang tiada data lengkap berkenaan penerima sumbangan Subsidi Tambang Bas Sekolah dan peruntukan yang telah dibelanjakan dari tahun 2008 sehingga 2009 mengikut daerah. Permohonan yang diterima adalah mengikut Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil). Namun begitu, berikut adalah jadual perbelanjaan dan jumlah anak pekerja ladang yang telah menerima manfaat di bawah program ini dari tahun 2010 sehingga kini :-

    TAHUN PENERIMA

    SUMBANGAN

    JUMLAH

    PERBELANJAAN (RM)

    2010 315 orang 94,500.00
    2011 254 orang 76,200.00
    2013 525 orang 157,500.00
    2014 583 orang 174,900.00
    2015 1,477 orang 443,100.00
    2016 1,203 orang 360,900.00
    JUMLAH 3,788 orang 1,307,100.00

Lampiran

Tiada Lampiran.