Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

231) PROGRAM TEBATAN BANJIR

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah untuk menyelaraskan program tebatan banjir Negeri Selangor dengan Kerajaan Persekutuan?

    Mesyuarat dan JK Penyelarasan ada dibuat di antara Kerajaan Persekutuan melalui JPS Malaysia bersama JPS Selangor.  JPS Selangor juga telah menyenaraikan program-program tebatan banjir untuk kelulusan di dalam Rolling Plan yang dijalankan.  Terdapat beberapa program/projek tebatan banjir yang telah diluluskan untuk dilaksanakan di Negeri Selangor ini tetapi disalurkan melalui pejabat MSC iaitu salah satu cawangan Bahagian Projek Khas di JPS Malaysia.

Lampiran

Tiada Lampiran.