Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

19) PROGRAM TERJAH DENGGI

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh mana program terjah denggi ini dapat mengurangkan kadar penyakit denggi di Selangor?

    Program Gotong-Royong Mega: Terjah & Musnah Aedes Negeri Selangor 2014 telah di adakan pada 16 November 2014 manakala, Program Terjah & Musnah Aedes Daerah Petaling telah di adakan pada 7 Februari 2015 . Y.A.B Dato‟ Menteri Besar Selangor bersama semua ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) telah bersama-sama turun padang bagi melaksanakan program ini.

    Strategi utama program ini adalah meningkatkan kesedaran awam dan aktiviti “cari dan musnah” kawasan potensi pembiakan nyamuk di dalam dan di luar rumah oleh setiap individu serta masyarakat.

    Keberkesanan Program ini dapat dilihat melalui statistik kes denggi mingguan yang semakin menurun setelah program ini di jalankan pada 7 Februari 2015 khususnya di daerah Petaling.

      31

    Dis 14

    10-

    Jan

    -15

    31-

    Jan-

    14

    7-

    Feb-

    15

    14-

    Feb-

    15

    21-

    Feb-

    15

    28-

    Feb-

    15

    7-

    Mar-

    15

    14-

    Mar-

    15

    21-

    Mar-

    15

     

    Petaling

     

    751

     

    657

     

    1025

     

    955

     

    917

     

    883

     

    736

     

    778

     

    599

     

    547

     

Lampiran

Tiada Lampiran.