Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

246) PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) sedang berjalan dengan lancar kebanyakan kawasan DUN di Selangor. Walaupun bagaimanapun , para penyelaras tuisyen menghadapi masalah untuk mendapatkan guru-guru yang berkualiti yang sanggup menerima bayaran elaun RM 40 sejam. Memandangkan kadar bayaran di pusat tuisyen swasta atau tuisyen rumah adalah di antara RM 60 sejam dan ke atas , maka guru kurang cenderung untuk mengajar di bawah PTRS. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menambahkan elaun guru-guru tuisyen ini ?

    Program  Tuisyen  Rakyat  Selangor  (PTRS)  merupakan  program  Tuisyen  Percuma kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari seluruh Negeri Selangor. Pelajar yang terlibat adalah berasal dari keluarga yang  berpendapatan  rendah  dan  mempunyai  tahap pencapaian akademik yang sederhana. Setiap kawasan (DUN) diperuntukkan seramai 100 orang pelajar yang menyertai program ini. Guru atau tenaga pengajar yang dilantik diberi elaun sebanyak RM 40.00 sejam. Berikut adalah perincian kadar bayaran elaun kepada guru atau tenaga pengajar mengikut matapelajaran:

     

    Jadual 1 : Kadar bayaran elaun guru atau tenaga pengajar Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS)

     

    Jenis

    Matapela jaran

    Bilangan Jam

    Mengajar

     

    Aktiviti

    Jumlah Elaun (Setiap

    Jam)

    Bahasa Melayu 1 Jam Pengajaran RM 40.00
    Bahasa Inggeris 1 Jam Pengajaran RM 40.00
    Sejarah 1 Jam Pengajaran RM 40.00
     

    Matematik

    1 Jam Pengajaran  

    RM 80.00

    1 Jam Tutorial (Latih tubi)

     

    Kadar bayaran elaun yang diberikan kepada tenaga pengajar adalah berpatutan kerana pihak kerajaan Negeri Selangor telah membuat kajian harga pasaran berkenaan kadar bayaran guru atau tenaga pengajar pusat tuisyen samada di  kawasan bandar mahupun  di kawasan pinggir bandar. Kadar bayaran yang diberikan adalah berada diparas sederhana. Bermula tahun 2009 hingga 2011, Program Tuisyen Rakyat  Selangor  (PTRS) dilaksanakan dengan baik dan pihak pentadbiran ini juga tidak menerima

     

     

     

    sebarang aduan berkenaan elaun yang diberikan adalah rendah. Oleh itu,  pihak  Kerajaan Negeri masih meneruskan kadar bayaran yang sama dan tidak ada cadangan untuk menaikkan kadar tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.