Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

52) PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR (PTRS)

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejak pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Selangor pada 2008, seramai 13,367 orang pelajar SPM yang mendapat faedah dari PTRS. Sehubungan itu, berapa ramaikah pelajar yang telah lulus dalam SPM selepas menghadiri program ini?

    Bermula tahun 2009, Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil langkah proaktif dengan meluluskan peruntukan sebanyak RM 3.45 Juta kepada Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal

    Insan Negeri Selangor bagi melaksanakan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) atau juga dikenali Tuisyen Percuma. Program ini mensasarkan pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan berasal dari keluarga berpendapatan kurang RM 1500.00. Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) dijalankan di seluruh Negeri Selangor mengikut kawasan (56 DUN) dengan setiap kawasan diberi kuota sebanyak 100 tempat sahaja. Bagi meneruskan hasrat murni kerajaan Negeri Selangor untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan pelajar yang lemah, kerajaan Negeri Selangor konsisten memberikan peruntukan yang sama pada tahun 2010, 2011 dan 2012 bagi meneruskan pelaksanaan program ini. Selama 3 tahun perlaksanaannya, Kerajaan Negeri Selangor berjaya mengumpul seramai 13,367 peserta Tuisyen Rakyat Selangor. Untuk makluman, Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) dirangka khusus

    untuk membantu pelajar yang kurang berkemampuan dan mempunyai prestasi pencapaian pendidikan yang lemah. Objektif Kerajaan Negeri dalam melaksanakan program ini adalah untuk meningkatkan prestasi pencapaian pelajar-pelajar dan memperbaiki sahsiah atau akhlak pelajar-pelajar. Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) menawarkan empat (4) matapelajaran teras dalam membantu pelajar-pelajar meningkatkan pencapaian mereka. Empat (4) mata pelajaran tersebut adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, dan Sejarah. Oleh itu, penilaian ke atas pelajar-pelajar yang menyertai PTRS hanya dapat dinilai melalui empat (4) matapelajaran ini sahaja. Sebelum pelajar-pelajar menduduki peperiksaan Sijil Pelajar Malaysia (SPM), pelajar-pelajar akan menduduki ujian prestasi yang melibat empat (4) matapelajaran ini sahaja.

    Berikut adalah prestasi keputusan SPM 2011 yang melibatkan 4526 orang pelajar Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) mengikut matapelajaran:

    • Bahasa Melayu
      BAHASA MELAYU    
           
    GRED UJIAN PRESTASI SPM PRESTASI PERATUS (%)
    KREDIT 3497 4012 MENINGKAT 15%
    LULUS 618 411 MENURUN -33%
    GAGAL 411 103 MENURUN -75%
    JUMLAH PELAJAR 4526 4526    
    • Bahasa Inggeris
      BAHASA INGGERIS    
           
    GRED UJIAN PRESTASI SPM PRESTASI PERATUS (%)
    KREDIT 2572 3292 MENINGKAT 28%
    LULUS 1029 1029 TIADA PERUBAHAN 0%
    GAGAL 925 205 MENURUN -79%
    JUMLAH PELAJAR 4526 4526    
    • Matematik
      MATEMATIK    
           
    GRED UJIAN PRESTASI SPM PRESTASI PERATUS (%)
    KREDIT 2263 3600 MENINGKAT 59%
    LULUS 720 926 MENINGKAT 29%
    GAGAL 1543 0 MENURUN -100%
    JUMLAH PELAJAR 4526 4526    
    • Sejarah
      SEJARAH    
           
    GRED UJIAN PRESTASI SPM PRESTASI PERATUS (%)
    KREDIT 2366 3806 MENINGKAT 61%
    LULUS 514 617 MENINGKAT 20%
    GAGAL 1646 103 MENURUN -94%
      4526 4526    

Lampiran

Tiada Lampiran.