Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

255) PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR (PTRS)

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan tahap sambutan masyarakat setempat terhadap Program Tuisyen Rakyat yang dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan huraikan apakah objektif utamanya.

    TAHAP SAMBUTAN 

     

    Tahap sambutan masyarkat setempat terhadap Program Tuisyen Rakyat   adalah amat baik. Ini kerana terdapat beberapa DUN yang mendapat permintaan  yang lebih dari orang ramai, melebihi kuota 100 orang bagi setiap DUN. Setelah 4 bulan PTRS ini dilaksanakan, kita telah dapat melaksanakannya ke semua 55 Dun dan melibatkan seramai 3649 orang pelajar seramai 248 orang guru yang terlibat.

     

    OBJEKTIF 

     

    Menyempurna dan merealisasikan Dasar Kerajaan Negeri dalam memenuhi agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

     

    Membantu  rakyat yang  berpendapatan rendah ( RM 1500 ke bawah) untuk memberi pendidikan yang terbaik kepada anak-anak mereka

     

    Membantu memantapkan jati diri pelajar / mengurangkan gejala sosial melalui program – program sokongan.

     

    Memberikan satu bentuk perkhidmatan penjanaan modal insan dalam bentuk sumbangan pendidikan dan kemasyarakatan yang positif.

Lampiran

Tiada Lampiran.