Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

83) PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR (PTRS)

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan terkini Program Tuisyen Rakyat Selangor?

    Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) pada tahun ini masih diteruskan dan dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Menteri Besar Incoporated (MBI). PTRS masih dilaksanakan dan melibatkan sejumlah 196 buah sekolah dan anggaran 10,000 orang pelajar yang terlibat . Pelajar yang terlibat adalah mereka yang berasal daripada keluarga yang berpendapatan rendah dan mempunyai tahap pencapaian akademik yang sederhana dan lemah.

     

    Beberapa penambahbaikan telah dilaksanakan antaranya ialah penambahan mata pelajaran daripada 4 buah mata pelajaran kepada 5 iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah dan Sains. Selain itu, guru-guru yang mengajar terdiri daripada guru-guru di sekolah dan terlatih.  Selain itu setiap pelajar yang menyertai PTRS  akan dibekalkan dengan buku nota yang merangkumi 5 mata pelajaran untuk dijadikan panduan oleh guru-guru semasa tuisyen berlangsung.  Buku ini telah dilancarkan pada 5 Julai 2019 dan telah diedarkan ke seluruh Negeri Selangor.

     

    Hasrat utama kerajaan Negeri dalam program ini adalah untuk membantu rakyat Negeri Selangor mendapat manfaat pendidikan daripada Kerajaan Negeri. Manfaat ini diagihkan dengan mengambil kira faktor sosio-ekonomi rakyat dan hak mereka untuk mendapat hak pendidikan yang sama rata.

Lampiran

Tiada Lampiran.