Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

39) PROGRAM TUISYEN RAKYAT

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Memandangkan program tuisyen rakyat Negeri Selangor dilaksanakan dengan berjaya. Adakah Kerajaan Negeri Selangor bercadang memperluaskan program ini ke sekolah rendah?

    Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pendidikan menyambut baik akan cadangan Yang Berhormat. Walau bagaimanapun, pada masa ini Program Tuisyen Rakyat memberi tumpuan kepada para pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan belum mempunyai perancangan untuk memperluaskan program ini ke peringkat sekolah rendah.

Lampiran

Tiada Lampiran.