Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

71) PROGRAM USAHAWAN

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha PBT bagi memajukan peniaga kecil dalam pembinaan tapak usahawan kecil di satu-satu kawasan DUN Sentosa?

    Majlis Perbandaran Klang telah mewujudkan sebanyak dua (2) lokasi tapak pasar pagi dan dua lokasi (2) tapak pasar malam yang menempatkan anggaran 50 penjaja di kedua-dua tapak tersebut.

    Selain itu, untuk tapak penjaja yang disusun semula melalui program 3P (Program Penempatan Penjaja) telah ditempatkan di Jalan Dato Yusof Shahbudin 28.

    Di samping itu, pihak Majlis juga bercadang untuk mewujudkan satu lagi penempatan baru penjaja di Jalan Dato Dagang 23 untuk penempatan penjaja secara berpusat.

Lampiran

Tiada Lampiran.