Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

3) PROGRAM WANITA

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan berhasrat untuk merangka program atau skim bagi membantu ibu tunggal dari sudut ekonomi di Selangor?

     

    Kerajaan Negeri menginsafi akan kesulitan dan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh golongan wanita ibu tunggal bagi menyara kehidupan keluarga dalam keadaan ekonomi yang lemah kini. Menyedari hal itu, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga dengan kerjasama Hijrah Selangor telah melancarkan Skim Pengembangan Usahawan khusus bagi ibu tunggal pada Disember

    Skim Pengembangan Usahawan mensasarkan seramai 2,800 orang ibu tunggal di Negeri Selangor dengan nilai pinjaman berjumlah RM15.4 juta bagi yang berpendapatan kurang daripada RM1,500.00 dan berminat untuk menjadi usahawan bagi meningkatkan taraf kehidupan keluarga. Antara bidang pengkhususan yang ditawarkan adalah seperti berikut :

    • makanan bermasak
    • bakeri
    • sejuk beku
    • perkhidmatan (spa, kesihatan, kecantikan dsb)
    • jahitan

     

    Usaha ini diharapkan dapat membantu golongan ibu tunggal dalam menjana pendapatan yang lebih baik sekaligus memperbaiki ekonomi keluarga.

    Selain daripada itu, Kerajaan Negeri telah melaksanakan program perintis PWB Mobile Spa Terapis dengan kerjasama Mustika Ratu pada 15 November 2015 yang lalu. Seramai 20 orang wanita telah ditaja oleh Kerajaan Negeri untuk mengikuti kursus urutan tradisional, urutan bersalin serta refleksologi sebagai kemahiran bagi meningkatkan pendapatan wanita mengikut permintaan setempat. Daripada 20 orang peserta ini, seramai 10 orang merupakan ibu

     

    tunggal. Statistik menunjukkan purata pendapatan bersih seseorang terapis Mobile Spa ini boleh mencecah RM2,248.00 sebulan. Dan pendapatan yang tertinggi pernah diterima dalam tempoh sebulan adalah sebanyak RM3,430.00.

    Ini merupakan antara kejayaan dalam membantu meningkatkan pendapatan ibu tunggal dan wanita yang telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri

Lampiran

Tiada Lampiran.