Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

177) PROGRAM WARGA EMAS SIHAT & PRODUKTIF

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan bercadang untuk menyediakan tempat tertentu yang mempunyai kemudahan dan peralatan kesihatan bagi warga emas bertemu, beriadah dan menjalankan aktiviti bermanfaat bagi mengekalkan kecerdasan dan terus produktif.

    Selain kemudahan dewan dan taman yang disediakan. Kerajaan Negeri melalui PBT telah melaksanakan Projek Padang Cergas di bawah Pelan Tindakan Lima

    • Tahun Kerajaan Tempatan bermula tahun 2013. Lokasi Projek Padang Cergas ini dipilih oleh PBT di kawasan DUN masing-masing sebagai tempat beriadah untuk pelbagai peringkat umur termasuklah warga emas. Elemen- elemen padang cergas ini adalah:-
      1. Sebuah pondok;
      2. Lima (5) buah kerusi batu;
    • Sebuah lampu solar / lampu LED;
    1. Empat (4) jenis Peralatan senaman gym (sky walker, Multi-

    Function Gym, Arm Cycler dan Steering Wheel); dan

    1. Satu (1)    set    permainan   kanak-kanak    (buaian   dan            papan gelongsor).

    Sehingga kini PBT telah membina 118 buah Padang Cergas di seluruh PBT Negeri Selangor.

    Selain itu, Kerajaan Negeri juga melaksanakan satu Program Bantuan Kesihatan Sihat Selangor di bawah Jawatankuasa Tetap Kesihatan untuk membantu golongan yang layak termasuklah warga emas untuk rawatan dialisis antaranya penyakit buah pinggang, katarak mata, pembedahan kecil, ubat-ubatan, pampers, kerusi roda, kaki palsu dan lain-lain bagi meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan warga emas. Selain peralatan riadah dan bantuan kesihatan, PBT juga telah membina trek basikal khas untuk orang awam termasuk warga emas beriadah seperti berbasikal dan berjogging. PBT juga telah mensyaratkan pemaju agar menyediakan sebuah taman/tempat beriadah di kawasan perumahan baru yang akan dibina.

Lampiran

Tiada Lampiran.