Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

45) PROGRAM “WORK FROM HOME” BAWAH JAWATANKUASA TETAP PEMBERDAYAAN WANITA DAN KELUARGA

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah peserta-peserta projek perintis yang melibatkan penyertaan seramai 87 orang peserta dipilih untuk program Work From Home?

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan Wanita dan Keluarga telah menjalankan projek rintis yang pertama bagi Work From Home (WFH) iaitu penganjuran Program Seri Tanjung : Kursus Jahitan Manik Peringkat Negeri Selangor yang telah diadakan pada 26 hingga 30 November 2018. Sesi pemilihan peserta bagi program tersebut diadakan pada 21 November 2018 di Bangunan SUK Selangor dengan kerjasama daripada penyelia-penyelia Pusat Wanita Berdaya (PWB) bagi 56 DUN seluruh Selangor. Seramai 300 orang peserta KISS telah disaring dan hanya 100 orang sahaja yang terpilih dan layak berdasarkan saringan jahitan yang dilakukan oleh syarikat Cosry Wise (M) Sdn Bhd. Namun, hanya 87 orang sahaja yang menghadiri kursus tersebut sehingga hari terakhir.

Lampiran

Tiada Lampiran.