Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

300) PROGRAM YAYASAN SELANGOR

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Antara peranan Yayasan Selangor ialah menyediakan program dan kemudahan pendidikan kepada anak-anak Selangor. Senaraikan program dan tempat perlaksanaan bagi tahun 2012-2013?

     

    Akademik:

     

    • Kelas Bimbingan – di asrama dan sekolah masing-masing
    • Bengkel dan    Seminar    Peperiksaan    PMR    dan    SPM    –    di Asrama/Sekolah mengikut zon
    • Bantuan Buku Rujukan – diberikan kepada semua asrama/sekolah penempatan pelajar YS
    • Latih tubi – di asrama dan sekolah masing-masing
    • Tuisyen Rakyat – di pusat tuisyen yang diluluskan di beberapa zon/daerah
    • Tuisyen Online (Score A) – Asrama Yayasan Selangor Sabak Bernam (perintis)
    • Problem Solving Mathematic – di Asrama Yayasan Selangor Klang
    • Easy Math – di Asrama Yayasan Selangor Klang / Sekolah

     

    2.                  Non- Akademik:

     

    • Kerohanian:

     

    1. Solat Berjemaah – di asrama masing-masing
    2. Program Tahfiz – perintis di  Asrama    Yayasan Selangor Sabak Bernam
    • Tadarus Al-Quran – di asrama masing-masing

     

    1. Ceramah dan Bimbingan Agama – di asrama masing- masing
    2. Sambutan hari kebesaran Islam seperti Maulidur Rasul,

    Maal Hijrah, Israk Mikraj – di asrama masing-masing

    1. Mini Ihtifal dan Pertandingan Nasyid – di asrama
    • Bacaan Yaasin dan Solat Hajat- di asrama masing-masing

     

    • Kepimpinan/Persatuan/Pembangunan Sahsiah:

     

    • Badan Perwakilan Pelajar/Pengawas – di asrama masing- masing
    • Biro-biro Asrama – di asrama masing-masing
    • Kelab Usahawan – di asrama masing-masing
    1. Kursus Kepimpinan – di Kem Bina Semangat
    2. Kursus Jatidiri Pelajar – di Kem Bina Semangat
    3. Kursus Orientasi Pelajar Baru Tingkatan 1 – di Kem Bina Semangat YS
    • Kursus ‘Psychological Enhancement’ – di asrama
    • Ceramah Motivasi – di asrama dan sekolah masing-masing
    1. English Carnival – di asrama
    2. English Camp – di Kem Bina Semangat YS
    3. Program Evolusi Remaja – di Masjid Negeri Shah Alam
    • Pertandingan Debat    Peringkat   Nasional   –    di    Asrama Yayasan Selangor Klang

     

    • Sukan & Rekreasi:

     

    1. Sukan Asrama – di asrama
    2. Sukan Antara Asrama – di asrama
    • Riadah harian – di asrama
    1. Rehlah/Lawatan – dalam Negeri Selangor dan dalam negara

     

    • Khidmat Sosial & Komuniti:

     

    1. Gotong Royong kebersihan – di asrama
    2. Membantu masjid dalam penyediaan bubur lambuk semasa Ramadhan – di Masjid

     

    • Penghargaan:

     

    1. Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan – di Kem dan Intekma Resort
    2. Majlis Semarak Kasih – Perangsang Templer Golf Club dan Dewan Bankuet SUK
    3. ii) Jamuan Akhir Tahun dan Penyampaian Anugerah– di asrama masing-masing

     

    3.                Bantuan Kewangan

     

    • Biasiswa:

    Biasiswa Kecil (RM700), Biasiswa Khas (RM1000) dan Dermasiswa (RM700) diberikan kepada semua pelajar tajaan Yayasan Selangor di peringkat sekolah menengah.

     

    • Biasiswa juga diberi kepada pelajar program Tahun Asas UNISEL

     

    • Pinjaman Pelajaran

     

    • Diberikan kepada program di peringkat Sijil Kemahiran di pusat kemahiran yang dibenarkan sahaja (sehingga tahun 2012 sahaja)

     

Lampiran

Tiada Lampiran.