Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

67) PROGRAM ZON BERSIH

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah sistem pemantauan yang ada untuk program zon bersih?

    Bagi tujuan memantau program zon bersih, PBT telah menubuhkan Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Teknikal bagi memastikan program ini mencapai matlamat. Dalam hal ini, semua perkara berkaitan dibincangkan bagi tindakan dan makluman pihak berkaitan. Selain dari itu pemantauan kontraktor turut dijalankan secara berkala oleh jabatan dalaman PBT  bagi kerja-kerja pembersihan dan lain-lain. Antaranya ialah :

    1. Pemeriksaan ke atas premis perniagaan seperti restoran, pasar pagi, pasar malam dan medan selera bagi memastikan pematuhan terhadap kebersihan, pembuangan sampah serta memiliki lesen perniagaan yang sah.
    2. Mengeluarkan kompaun dan sitaan kepada mereka yang melanggar peraturan serta kesalahan trafik.
    3. Pemantauan kebersihan tandas awam oleh kontraktor pembersihan dan kutipan sampah serta sisa pepejal oleh Syarikat Alam Flora dan juga kontraktor lanskap yang menjaga taman dan padang permainan dilakukan pada setiap bulan.

Lampiran

Tiada Lampiran.