Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

68) PROGRAM ZON BERSIH DAN HIJAU

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kebersihan dan keindahan kawasan adalah penting dari segi 'quality of life'. Adakah Kerajaan Negeri akan menghidupkan semula Program Zon Bersih dan Program Zon Hijau tahun depan?

    Pelaksanaan Program Zon Bersih selama empat (4) tahun lepas bermula tahun 2010-2013 boleh dikatakan berjaya mengubah atau transform PBT dari kawasan yang kotor ke arah yang lebih bersih dengan adanya usaha yang menggalakkan daripada PBT, Ahli Majlis, NGO dan agensi luar dalam menzahirkan konsep BERSIH di Selangor.

    Kerajaan Negeri menyambut baik cadangan bagi menghidupkan semula Program Zon Bersih dan seumpama dengannya yang dapat memberi impak positif kepada masyarakat dengan lebih berkesan.

    Walau bagaimanapun, buat masa ini Kerajaan Negeri masih merangka dan merancang pelan tindakan dalam menambahbaik sistem penyampaian dan tadbir urus khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memastikan kualiti kehidupan yang lebih baik serta dapat mewujudkan persekitaran yang bersih dan sihat.

Lampiran

Tiada Lampiran.