Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

145) PROJEK BRT LEBUHRAYA PERSEKUTUAN

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status pembinaan projek Bus Rapid Transit (BRT) di Lebuhraya Persekutuan

    Melalui penelitian saya, dua soalan telah ditanyakan tentang perkara berkaitan

    Bus Rapid Transit (BRT). Soalan-soalan tersebut datangnya dari:

     

    No Soalan Nama ADUN Tajuk Soalan
      Kampung Tunku PENGANGKUTAN AWAM – BRT KUALA LUMPUR – KLANG
      a) Apakah status terkini cadangan BRT Kuala Lumpur – Klang sepanjang Lebuhraya Persekutuan di mana salah satu stesen akan didirikan sekitar Icon City (SS

    9) atau tapak Kontena Nasional (juga cadangan hospital awam baru) di kawasan SS 10, Petaling Jaya?

     

    Izinkan saya untuk menjawab bersekali soalan-soalan yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berhubung status pelaksanaan projek Bus Rapid Transit memandangkan semua soalan merujuk kepada perkara yang sama.

    • Status pembinaan projek BRT di Lebuhraya Persekutuan
    1. Projek Bus Rapid Transit (BRT) Kuala Lumpur – Klang merupakan salah satu projek pengangkutan awam darat di bawah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat yang bermatlamat untuk memastikan perkhidmatan bas yang sistematik, cekap dan terurus di laluan-laluan utama ke pusat bandar Kuala Lumpur di sepanjang lima (5) kawasan penempatan berkepadatan tinggi dan mempunyai pergerakan trafik tertinggi ke Pusat bandar Kuala Lumpur di dalam kawasan Lembah Klang iaitu kawasan Klang, Shah Alam, Petaling Jaya dan Pusat Bandar Kuala
    • Laluan BRT KL-Klang ini adalah sepanjang 3 kilometer yang melalui tiga (3) laluan utama iaitu Jalan Tun Sambathan, Jalan Syed Putra dan Jalan Persekutuan 2 (Federal Highway) dan melalui lima (5) kawasan Pihak Berkuasa Tempatan di mana empat daripadanya adalah kawasan PBT Negeri Selangor iaitu Majlis Perbandaran Klang, Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

     

    • Cadangan pembinaan BRT KL- Klang pada awalnya akan bermula pada November 2014 sehingga Disember 2016 dan mempunyai dua (2) fasa pembinaan iaitu Fasa Pertama bermula dari November 2014 – April 2016 iaitu dari Kuala Lumpur (Pasar Seni) ke Subang Jaya (sebelum Tol Batu Tiga) dan Fasa Kedua bermula pada bulan Jun 2015 – Disember 2016 iaitu dari Subang Jaya (sebelum Tol Batu Tiga) ke Klang (Bandar Klang). Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri dimaklumkan bahawa pelaksanaan projek ini ditangguhkan sehingga tahun 2017 atas sebab kekangan

    Pada tahun ini, pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telahpun mengeluarkan iklan tender bagi pelaksanaan projek BRT pada 17 Januari 2017 dan akan ditutup pada 2 Mei

     

    • Kelulusan-kelulusan Yang Dipohon dan Telah Diberikan
    • Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pelaksanaan projek BRT telah dibentangkan kepada Kerajaan Negeri dan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan ke 14/2014 yang diadakan pada 23 April 2014 yang telah disahkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan ke 15/2014 pada 30 April 2014 telah menimbang dan meluluskan secara dasar cadangan pelaksanaan Bus Rapid Transit (BRT) Laluan Kuala Lumpur – Klang bagi meningkatkan pengangkutan awam di Kawasan Lembah Klang.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.