Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

140) PROJEK DI BAWAH MENTERI BESAR INCORPRATED (MBI)

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan projek atau program yang dibiayai oleh MBI dan jumlah dikeluarkan pada tahun 2014?

    MBI membiayai program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) iaitu pembiayaan Mikrokredit di bawah seliaan Yayasan Qard Al Hassan (YAQS) melalui program Skimsel, MiMbar dan Wala serta Pengurusan Bola Sepak Selangor. Dalam masa yang sama, MBI juga menguruskan pengagihan geran Kerajaan Negeri Selangor kepada anak-anak syarikat MBI seperti Communication Corporation Sdn Bhd (CCSB), Selangor State Investment Centre (SSIC), Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), Rantaian Mesra Sdn Bhd (RMSB) dan Tourism Selangor Sdn Bhd (TSSB). Sumbangan secara langsung dan tidak langsung ini adalah berjumlah sekitar RM40 juta bagi tahun 2014.

Lampiran

Tiada Lampiran.