Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

64) PROJEK ECRL

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan tanah yang terlibat di DUN Selat Klang yang akan dikorbankan untuk projek ini.

    a) dan b) dijawab sekali

     

    Pembangunan projek Laluan Rel Pantai Timur (East Coast Rail Link – ECRL) merupakan projek Kerajaan Persekutuan yang akan dilaksanakan oleh Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL). Projek ECRL ini dijangka akan melibatkan sebahagian kawasan di dalam Negeri Selangor dan pihak MRL selaku pemaju projek yang dilantik telah memohon untuk mengadakan kunjungan hormat kepada Dato’ Menteri Besar Selangor pada 20 Julai 2017 bagi membincangkan pelaksanaan projek tersebut. MRL merupakan sebuah anak syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan dan adalah pemilik aset

    Pada masa ini, Kerajaan Negeri hanya dimaklumkan mengenai pelaksanaan projek ECRL melalui mesyuarat penubuhan Jawatankuasa Pemandu Projek Laluan Rel Pantai Timur Bil.1/2017 pada 25 Januari 2017 bertempat di Kementerian Kewangan, di mana Kerajaan Negeri Selangor dilibatkan di dalam jawatankuasa tersebut. Namun begitu, tiada sebarang kelulusan berhubung pelaksanaan projek tersebut dan masih terlalu awal untuk Kerajaan Negeri memberi apa-apa ulasan tentang projek ini kerana Kerajaan Negeri belum menerima apa-apa permohonan berkaitan tanah-tanah yang terlibat atau sebarang perbincangan melibatkan penduduk kampung yang terlibat.

Lampiran

Tiada Lampiran.