Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

8) PROJEK HARTANAH DI DAERAH KUALA SELANGOR OLEH GLC

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan kesemua projek usahasama projek hartanah di Daerah Kuala Selangor antara Kerajaan Selangor melalui GLC dengan pemaju swasta. Berikan maklumat tentang saiz tanah, GDV, tempoh usahasama dan maklumat-maklumat lain termasuk pulangan kepada kerajaan.

    Government Linked Companies (GLC) adalah merujuk kepada Anak Syarikat Kerajaan Negeri (Anak Syarikat) dan Badan Berkanun di bawah Kerajaan Negeri.

    Anak Syarikat Kerajaan Negeri (Anak Syarikat) didefinisikan sebagai syarikat yang dikawal oleh Kerajaan Negeri melalui Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) dengan pegangan saham sebanyak 50 peratus (50%) atau lebih, di mana Kerajaan Negeri mempunyai kuasa majoriti untuk mengundi. Kedudukan terkini senarai Anak Syarikat adalah seperti berikut:

    • Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB);
    • Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB);
    • Bukit Beruntung Golf & Country Resort (BBGC);
    • Communication Corporation Sdn. Bhd. (CCSB);
    • Invest Selangor Berhad (Invest Selangor);
    • Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB);
    • Darul Ehsan Facilities Management Sdn. Bhd. (MSNS Holding Sdn. Bhd.);
    • Pendidikan Industri YS Sdn. Bhd. (PIYSB);
    • Rantaian Mesra Sdn. Bhd. (RMSB);
    • Tourism Selangor Sdn. Bhd. (TSSB);
    • Yayasan Dar Al-Qard Al-Hasan Selangor (YAQAD);
    • Yayasan Selangor (YS); dan
    • Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).

    Manakala Badan Berkanun pula adalah mana-mana pertubuhan perbadanan, tidak kira dengan nama apa ia dikenali, yang diperbadankan menurut peruntukan-peruntukan undang-undang Persekutuan atau Negeri dan yang menjadi Pihak Berkuasa Awam atau agensi Kerajaan Malaysia/Kerajaan Negeri tetapi tidak termasuk Pihak Berkuasa Tempatan dan pertubuhan perbadanan yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 (Akta Badan Berkanun 1980). Kedudukan terkini senarai Badan Berkanun Negeri adalah seperti berikut:

    • Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS);
    • Lembaga Urus Air Selangor (LUAS);
    • Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT);
    • Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS);
    • Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS); dan
    • Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor (PPAS).

    Secara keseluruhannya, projek usahasama projek hartanah di Daerah Kuala Selangor antara Kerajaan Negeri Selangor melalui GLC (Anak Syarikat dan Badan Berkanun Negeri) dengan pemaju swasta adalah seperti jadual berikut:

     

    Bilangan Projek Bilangan Syarikat Usahasama Keseluruhan Saiz Tanah Kos Projek (RM) Bentuk/ Nilai Pulangan Kepada Kerajaan Negeri (RM) Gross Development Value (GDV) (RM)
    6 projek 6 syarikat 502.983 ekar 130,480,000.00 11,040,296.00 64,705,000.00

    Perincian ke atas senarai projek usahasama projek hartanah di Daerah Kuala Selangor antara Kerajaan Negeri Selangor melalui GLC dengan pemaju swasta berdasarkan maklumat tentang saiz tanah, GDV, tempoh usahasama dan maklumat-maklumat lain termasuk pulangan kepada kerajaan adalah seperti jadual di LAMPIRAN A.

Lampiran

Tiada Lampiran.