Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

30) PROJEK HORAS

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan secara terperinci status terkini Projek HORAS?

    HORAS 600 dibangunkan di kawasan bekas lombong di Kg Sungai Darah, Bestari Jaya, Daerah Kuala Selangor membekal dan menyalurkan air mentah tambahan sebanyak 300 JLH bagi tujuan menambah kapasiti (overloading) LRA SSP 1 & 3. Komponen kerja utama yang akan dibangunkan bagi tujuan melaksanakan HORAS 600 adalah:-

    • Pembinaan Kolam Utama dengan kapasiti 30 MCM berkemampuan (sustainability) untuk membekalkan jumlah kapasiti air mentah tambahan sebanyak 600 JLH.   Walaupun Kolam Utama mampu membekalkan air mentah sebanyak 600 JLH, namun jumlah yang diperlukan untuk menampung kapasiti (overloading) LRA SSP 1 & 3 khususnya semasa musim kemarau atau lebih tepat lagi apabila aliran sungai sangat rendah adalah hanya  sebanyak 300 JLH.
    • Pembinaan Kolam Hang Tuah sebagai muka sauk (Intake point) dan kolam penapis (filter pond); dan
    • Pembinaan Rumah pam baru dengan kapasiti pengepaman 300MLD untuk keperluan overloading SSP 1 & 3.
    • Terdapat dua (2) Fasa pembangunan yang terlibat dalam Projek HORAS 600 adalah seperti berikut:-
    • Fasa 1 terbahagi kepada 3 Pakej Kerja iaitu:-
    • Pakej 1 – Kerja Pengorekan Kolam Utama oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

    Pada ketika ini, Kerajaan Negeri Selangor telah melantik KSSB untuk melaksanakan kerja-kerja pengorekan bagi tujuan pembinaan Kolam Takungan. Kerajaan Negeri Selangor tidak membayar KSSB bagi kerja-kerja pengorekan yang dibuat sebaliknya nilai kerja tersebut di kontra  dengan jumlah pasir yang akan dijual oleh KSSB. Kerja-kerja pengorekan oleh KSSB telah bermula semenjak 15 Mac 2014.

    Dalam melaksanakan kerja-kerja Pengorekan Kolam Utama di bawah Pakej 1, pihak KSSB telah membahagikan kerja kepada 3 Seksyen kerja seperti berikut :-

    • Seksyen 1 melibatkan kawasan seluas 48 hektar.  Kerja-kerja pengorekan hingga mencapai paras kedalaman (ODL) antara –13 meter hingga -15 meter telah siap sepenuhnya.

    Seksyen 2 melibatkan kawasan rumah pam.  Kerjakerja pengorekan dijangka siap pada akhir Ogos 2016.

    Seksyen 3 telah mencapai 30% dan perlu disiapkan sepenuhnya pada Disember 2017

    • Mengikut perancangan asal Seksyen 2 dan Seksyen 3 sepatutnya siap pada Oktober 2015 tetapi dari segi pelaksanaan, KSSB memaklumkan ia hanya boleh siap pada Disember 2017. KSSB memaklumkan bahawa kelewatan dari segi pelaksanaan Seksyen 2 dan Seksyen  3 adalah disebabkan oleh masalah berikut:-

     

    1. Masalah penjualan pasir

     

    1. Keadaan tapak yang dikorek seperti di Seksyen 2, merupakan kawasan batu keras dan bukan pasir. Ini menyebabkan KSSB perlu menukar kaedah pengorekan dan melibatkan kepada pelantikan kontraktor baru;

     

    1. Penemuan beberapa mata air di kawasan cerun di dalam kawasan Seksyen 2. Kadar aliran mata air sangat tinggi dan menyebabkan hakisan kepada cerun yang telah dibina.  Ini menyebabkan KSSB perlu melantik kontraktor untuk membaiki hakisan cerun sebelum kerja-kerja pengorekan boleh diteruskan.
    2. Masalah kekangan kawasan untuk meletakkan stockpile untuk pasir yang dikorek dan lebihan tanah.
    • Pakej 2 – Kerja-kerja Membina Cerun Kolam & External Works.

    Kerja-kerja di tapak telah bermula pada 16 November 2015 dan akan siap pada 16 Februari 2017.  Kerja-kerja ditapak telah mencapai 43% berbanding disasarkan 41%.

    • Pakej 3 – Pembinaan kolam Hang Tuah

    Berdasarkan kepada kajian dan analisi yang dibuat, pihak Perunding mencadangkan supaya pelaksanaan Pakej ini ditangguhkan kerana air mentah dari HORAS 600 akan dipam terus ke sungai dan bukan ke  loji rawatan air.  Justeru itu, tidak ada keperluan untuk menambahbaik kualiti air melalui Kolam Hang Tuah.

    • Fasa 2 – Pembinaan Rumah Pam

    Reka bentuk terperinci telah disiapkan oleh perunding.  Pelantikan kontraktor akan dibuat sebaik sahaja kerja-kerja pengorekan kolam di Seksyen 2 oleh KSSB siap iaitu pada bulan Ogos 2016.

     

    • Terdapat 5 loji rawatan air di Lembangan Sungai Selangor yang pada ketika ini bergantung sepenuhnya pada Pelepasan air mentah dari Empangan Sungai Selangor dan Empangan Sungai Tinggi dan Aliran asas (river base flow) air di Sungai Selangor.  Jumlah air mentah yang diperlukan adalah sebanyak 3000JLH.

     

    • Pada ketika dengan siapnya Projek Mitigasi 2 pada bulan April 2016, sebanyak 300 JLH air mentah tambahan diperlukan bagi tujuan menambah kapasiti (overloading) LRA SSP 1 & 3. Justeru itu, dengan adanya HORAS 600 yang berkemampuan untuk membekalkan jumlah kapasiti air mentah tambahan sehingga 600 JLH.

     

    • Walaupun HORAS 600 belum siap sepenuhnya, pada ketika ini bermula dari bulan April 2014, HORAS 600 telah dapat membekalkan air mentah sebanyak 160JLH untuk dialirkan ke Sungai Selangor bagi meningkatkan paras aliran sungai dalam usaha untuk mengurangkan pelepasan air dari Empangan Sungai Selangor dan Sungai Tinggi.

     

    • Dengan adanya bantuan yang disumbangkan dari Kolam HORAS 600 yang masih belum siap bersama-sama dengan kolam kolam takungan lain, paras Empangan Sungai Tinggi dan Empangan Sungai Selangor tidak terjejas sepanjang musim panas tahun ini. Kedudukan paras kedua empangan setakat 15 Julai 2016 terkawal walaupun keadaan musim panas melanda jika dibandingkan dengan tahun 2013 dan 2014 seperti berikut:-
    Empangan Paras Simpanan pada 15 Julai  2016
    Empangan Sungai Selangor

     

    66.63%
    Empangan Sungai Tinggi

     

    73.07%

Lampiran

Tiada Lampiran.