Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

306) PROJEK HORAS

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini HORAS?

     a) dan b),

     

    HORAS 600 dibangunkan di kawasan bekas lombong di Kg. Sungai Darah, Bestari Jaya, Daerah Kuala Selangor membekal dan menyalurkan air mentah tambahan sebanyak 300 JLH bagi tujuan menambah kapasiti ( overloading) LRA SSP 1 & 3. Komponen kerja utama yang akan dibangunkan bagi tujuan melaksanakan HORAS 600 adalah:

     

    • Pembinaan Kolam Utama dengan kapasiti 30 MCM berkemampuan (sustainability) untuk membekalkan jumlah kapasiti air mentah tambahan sebanyak 600 Walaupun Kolam Utama mampu membekalkan air mentah sebanyak 600 JLH, namun jumlah yang diperlukan untuk menampung kapasiti (overloading) LRA SSP 1 & 3 khususnya semasa musim kemarau atau lebih tepat lagi apabila aliran sungai sangat rendah adalah hanya sebanyak 300 JLH.

     

    • Pembinaan Kolam Hang Tuah sebagai muka sauk ( Intake  point) dan kolam penapis (filter pond); dan

     

    • Pembinaan Rumah pam baru dengan kapasiti pengepaman 300MLD untuk keperluan overloading SSP 1 &

     

    • Projek HORAS 600 melibatkan 2 fasa pembangunan iaitu:

     

    • Fasa 1 yang terbahagi kepada 3 pakej kerja iaitu:

     

    • Pakej 1 – Kerja Pengorekan Kolam Utama oleh Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) yang telah bermula semenjak 15 Mac 2014 yang dibahagikan kepada tiga seksyen:

     

    • Seksyen 1 melibatkan kawasan seluas 48 hektar. Kerja- kerja pengorekan hingga mencapai paras kedalaman (ODL) antara –13 meter hingga -15 meter telah siap

     

    • Seksyen 2 melibatkan kawasan rumah pam. Kerja-kerja pengorekan telah

     

    • Seksyen 3 telah mencapai 35% dan dijadualkan siap sepenuhnya pada Disember 2017

     

    • Pakej 2 – Kerja-kerja Membina Cerun Kolam & External Works yang telah bermula pada 16 November 2015 dan akan siap pada 16 Februari Kerja-kerja ditapak telah mencapai 60% berbanding disasarkan 64%.

     

    (3)               Pakej 3 – Pembinaan kolam Hang Tuah

     

    Berdasarkan kepada kajian dan analisi yang dibuat, pihak Perunding mencadangkan supaya pelaksanaan Pakej ini ditangguhkan kerana air mentah dari HORAS 600 akan dipam terus ke sungai dan bukan ke loji rawatan air.

     

    • Fasa 2 yang melibatkan pembinaan rumah Reka bentuk terperinci telah disiapkan oleh perunding. Pelantikan kontraktor  akan dimuktamadkan pada Disember 2016.

     

    1. Terdapat empat faktor kelewatan dari segi pelaksanaan kerja pengorekan kolam utama oleh KSSB iaitu Seksyen 2 dan Seksyen 3 yang disebabkan oleh:

     

    • Masalah penjualan pasir

     

    • Keadaan tapak yang dikorek seperti di Seksyen 2, merupakan kawasan batu keras dan bukan pasir. Ini menyebabkan KSSB perlu menukar kaedah pengorekan dan melibatkan kepada pelantikan kontraktor baru;

     

    • Penemuan beberapa mata air di kawasan cerun di dalam kawasan Seksyen 2. Kadar aliran mata air sangat tinggi dan menyebabkan hakisan kepada cerun yang telah dibina. Ini menyebabkan KSSB perlu melantik kontraktor untuk membaiki hakisan cerun sebelum kerja-kerja pengorekan boleh diteruskan; dan

     

    • Masalah kekangan kawasan untuk meletakkan stockpile untuk pasir yang dikorek dan lebihan

     

    Walaupun HORAS 600 belum siap sepenuhnya, namun ia telah dapat membekalkan air mentah sebanyak 160JLH untuk dialirkan ke Sungai Selangor bagi meningkatkan paras aliran sungai dalam usaha untuk mengurangkan pelepasan air dari Empangan Sungai Selangor dan Sungai Tinggi. Perkara ini juga antara salah satu faktor yang menyebabkan kita berjaya mengelakkan masalah gangguan air pada awal tahun ini semasa negara dilanda fenomena el nino.

Lampiran

Tiada Lampiran.